Tentang Deenz Work

Deenz Work telah didaftarkan secara rasminya sekitar bulan Ogos, pada tahun 2008. Pengalaman Pengurus di dalam industri ini melebihi 10 tahun. Sejarah peningkatan Deenz Work bermula dengan bengkel keluasan 15 kaki x 25 kaki, sehinggalah ia berpindah ke tempat baru dengan keluasan bengkel 25 kaki x 50 kaki, pada penghujung tahun 2009.

Oleh kerana sambutan yang baik dari para pelanggan, maka Deenz Work telah berpindah ke bengkel yang lebih luas, iaitu ke lot kilang yang beroperasi pada keluasan 60 kaki x 80 kaki, bermula tahun 2011. Pada akhir tahun 2016, Deenz Work telah berpindah ke lot baru yang tidak jauh dari kilang lama. 

Pada tahun ini, iaitu 2023, kami telah berpindah pula ke Chemor, Perak.

Jika anda berminat untuk menempah sebarang produk dari Deenz Work, atau ingin berkunjung ke kilang kecil kami, silakan hubungi kami untuk temujanji. Kami sentiasa mengalu-alukan kedatangan anda!

Yang Benar,
Encik Deen
Pengurus Deenz Work Enterprise

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS